Wednesday, 12 February 2014

Sejarah Kampung Lubuk Punggur



Lubok Punggor ditemui oleh dua orang adik beradik dan seorang saudara yang berasal dari Kampung Gedong. Kampung mereka terletak di hulu sungai Batang Sadong. Mereka bertiga dikatakan pergi menjala ikan dan udang di sebuah kawasan lubuk yang panjang di Batang Sadong.
      Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1938 iaitu setelah mereka bertiga membina pondok di tebingan sungai tersebut untuk berteduh. Kemudian, mereka pun bercadang untuk pergi menjala di sungai. Kisahnya bermula apabila mereka turun ke sungai untuk menjala ikan. Sedang mereka asyik dengan kerja mereka tersebut, tita-tiba ditengah lubuk itu muncul sebatang ‘pokok tua’ yang disebut ‘punggur’ dalam bahasa tempatan. Namun, tidak lama selepas itu pokok yang mereka lihat itu tenggelam semula ke dalam air tanpa meninggalkan sedikitpun kocakan. Pokok itu ghaib begitu sahaja dan tidak muncul lagi.
      Kejadian aneh tersebut telah memberi ilham kepada mereka bertiga untuk menamakan tempat tersebut sebagai ‘LUBUK PUNGGUR’. Sejak itu, mereka bertiga bercdang untuk membawa keluarga mereka dari Gedong untuk tinggal di situ. Selain menangkap ikan, mereka turut membuka tanah untuk menanam padi.
      Menurut cerita orang-orang tua,’pokok berpuaka’ itu dikatakan sering tenggelam timbul di dalam sungai tersebut pada zaman dahulu. Mereka berpendapat kejadian aneh itu terjadi kerana tempat itu pernah dijadikan tempat menjatuhkan hukuman terhadap pesalah-pesalah pada ketika itu. Berikutan peristiwa itulah kejadian tersebut terjadi. Namun kini, kejadian seumpama itu tidak berlaku lagi.

Kayu Punggur

Logo Kampung


Tema ‘RAKYAT CEMERLANG, DESA GEMILANG’ dipilih agar dapat menjadi inspirasi yang mampu membakar semangat kepada setiap lapisan penduduk untuk mencapai kejayaan dan kegemilangan serta mengubah cara hidup kepada kehidupan yang lebih baik.