Lubok Punggor ditemui oleh dua orang adik beradik dan seorang saudara yang
berasal dari Kampung Gedong. Kampung mereka terletak di hulu sungai Batang
Sadong. Mereka bertiga dikatakan pergi menjala ikan dan udang di sebuah kawasan
lubuk yang panjang di Batang Sadong.
Peristiwa ini berlaku sekitar
tahun 1938 iaitu setelah mereka bertiga membina pondok di tebingan sungai
tersebut untuk berteduh. Kemudian, mereka pun bercadang untuk pergi menjala di
sungai. Kisahnya bermula apabila mereka turun ke sungai untuk menjala ikan.
Sedang mereka asyik dengan kerja mereka tersebut, tita-tiba ditengah lubuk itu
muncul sebatang ‘pokok tua’ yang disebut ‘punggur’ dalam bahasa tempatan.
Namun, tidak lama selepas itu pokok yang mereka lihat itu tenggelam semula ke
dalam air tanpa meninggalkan sedikitpun kocakan. Pokok itu ghaib begitu sahaja
dan tidak muncul lagi.
Kejadian aneh tersebut telah
memberi ilham kepada mereka bertiga untuk menamakan tempat tersebut sebagai
‘LUBUK PUNGGUR’. Sejak itu, mereka bertiga bercdang untuk membawa keluarga
mereka dari Gedong untuk tinggal di situ. Selain menangkap ikan, mereka turut
membuka tanah untuk menanam padi.
Menurut cerita orang-orang
tua,’pokok berpuaka’ itu dikatakan sering tenggelam timbul di dalam sungai
tersebut pada zaman dahulu. Mereka berpendapat kejadian aneh itu terjadi kerana
tempat itu pernah dijadikan tempat menjatuhkan hukuman terhadap pesalah-pesalah
pada ketika itu. Berikutan peristiwa itulah kejadian tersebut terjadi. Namun
kini, kejadian seumpama itu tidak berlaku lagi.
![]() |
Kayu Punggur |
No comments:
Post a Comment